ClicK sini yep =)

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru



Setelah berhari2 tak update blog akhirnya ini entri terbaru dari diri ku..kalau sebelum ni saya duk bercerita tentang penghargaan ibu kita iaitu mengenai sambutan Hari Ibu..tapi kali ini hari ini seperti kita semua maklum 16 Mei adalah sambutan Hari Guru.Bila menyebut tentang guru memang sinonim sangat lah dengan sekolah..satu hari dulu sekolah bagaikan rumah kedua bagi kita,tempat dimana kita mendukung harapan keluarga yang ingin melihat kita berjaya hingga ke menara gading.Di sini lah kita dapat lihat peranan ikhlas dari insan yang bernama guru dan tak salah jika saya katakan guru-guru di sekolah dulu dah macam ibu bapa kita sendiri..mendidik kita dengan segala ilmu yang mereka peroleh...tak jemu lah melayan kerenah kita yang macam-macam nih..Besar sunguh peranan seorang guru dengan mendidik kita supaya kita menjadi seorang "manusia" bila kita menghadapi dunia luar..tapi malangnya tidak semua di antara kita yang mampu memanfaatkan sepenuhnya ilmu-ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru yang selama ini berpenat lelah mendidik kita..tak perlu dicoretkan disini apa yang terjadi dengan zaman remaja,kita boleh lihat sendiri keadaan sekeliling..Tak nak lah bebel pnjang, nanti jadi ceramah pulak..hahah..Sempena 16 Mei ni saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru saya di Sekolah Rendah Balok,Kuantan....Sekolah Rendah Sungai Udang,Klang...Sekolah Menengah Telok Gadong,Klang...Sekolah Menengah Teknik Klang...dan juga kepada pendidik saya di Universiti Selangor....

*~ Selamat Hari Guru ~*

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

Hari ini 8 Mei 2011 , Ahad....ada sesuatu yang istimewa pada hari ini..pasti ramai sudah ketahui.Ya!! Hari Ibu...
Selamat Hari Ibu...ucapan yang sering diucapkan saban tahun...hari yang sering disambut oleh anak-anak untuk ibu-ibu mereka..memberikan hadiah-hadiah istimewa menandakan yang mereka cukup sayangkan ibu mereka..
Tapi!! tanya pada diri...adakah kita betul-betul menyanyangi ibu kita?? Adakah kita mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh ibu kita?? Adakah kita mendengar segala teguran dan larangan ibu kita yang menyanyangi kita sepenuh hati mereka...Seorang ibu yang mahu melihat anak-anaknya berjaya..bukan sekadar dunia malah akhirat kelak..Ibu yang sentiasa sabar menahan kerenah anak-anak...Ibu yang mahu melihat anak-anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah...anak-anak yang mampu mendoakan kesejahteraan mereka...Didikan yang mereka berikan selama ini adalah untuk melihat kita berjaya semoga suatu hari mereka harap anak-anak dapat pula menjaga mereka....tapi seperti apa yang kita lihat pada zaman sekarang...byk kes-kes anak tempatkan ibu bapa mereka di rumah orang tua2...alasan sibuk..anak sanggup memukul ibu mereka semata-mata hanya kerana wang...dan yang lebih dasyat lagi ada anak yang sanggup membunuh ibu mereka hanya kerana mengikut perasaan hawa nafsu SYAITAN !!!! renung2 kan...adakah anda rasa anda adalah seorang anak yang cukup baik untuk ibu mu ??? adakah kamu wahai anak mendengar perintah ibu mu ??? adakah kamu wahai anak menghormati setiap nasihat dan leteran ibu mu...

Berdasarkan sebuah hadis,syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Amat besar dosa derhaka terhadap ibu. Bahkan dikatakan darjat ibu tiga kali ganda dibandingkan ayah dalam hal penghormatan anak kepada kedua orang tuanya.

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah: "Saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah." Rasulullah bertanya: "Apakah ibumu masih hidup?" Orang itu menjawab, ya. Rasulullah SAW bersabda. "Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada." (Riwayat At-Thabrani)


Apa yang sangat membanggakan manusia bahawa Allah SWT telah menceritakan kisah ibu dalam kitab suci al-Quran, dengan cara yang amat menyenangkan sekali. Allah SWT berfirman:


Maksudnya: "Maka Kami kembalikannya (Musa) ke pangkuan ibunya supaya menyenangkan hatinya dan tidak berduka." (Surah al-Qasasb : 13)


Alangkah besarnya rahmat Allah SWT terhadap ibu. Dengan menjadi pengasuh dan menyusukan anak raja (Musa) itu, ibu Musa sekeluarga telah dihormati oleh seluruh penduduk Mesir.Pengorbanan ibu tidak dapat diukur dan dibandingkan dengan apa jua pun. Ia melebihi daripada segala pengorbanan. Ada satu kisah dan iktibar yang dipetik dari sebuah hadis Riwayat al-Bukhari iaitu kisah Juraij bersama ibunya yang menunjukkan betapa ampuhnya doa seorang ibu yang dekat dengan Allah SWT, doanya dikabulkan segera.


Lihatlah ibu mu....renungkan pengorbanan mereka...jangan biarkan hati mereka tersentuh mahu pun murka dengan perangai kita...kerana jika seorang ibu murka dengan kerenah kita,Allah turut memurkai kita...lihatlah betapa besarnya darjat seorang ibu...janganlah kita membuat air mata ibu menitis kerana kerenah kita..kelak neraka lah hadiahnya...


Untuk mak saya,Selamat hari ibu saya ucapkan..pengorbanan mu selama ini akan cuba ku balas dengan menggembirakan hati mu..anak mu berjanji akan menjaga dirimu sebagai mana kamu menjaga ku sejak dari kecil..Ku mohon Allah berikan kesihatan,kekuatan dan kesabaran dalam diri mu ibu untuk menjaga kami anak-anak mu...maafkan salah dan silap kami terhadapamu...





ni lah mak saya yg tercinta..time ni kami dua tgh buat kuih tart..kuih kesukaan saya..smbil2 tu blaja macam mana nak buat kuih tart nih...xde la nti tau makan je kan..haha..LOVE U EMAK !!

Thursday, May 5, 2011

TerBAIK dAri LaDanG

Adeh...dah lama tak hupdate blog...dekat seminggu jgk rasenye...ye ke?? hoho...sepanjang tak update ni mcm2 perkara la jadi...yang sedih la...yang gumbira la..bergelap malam2 buta..haha...mcm2....tapi apa yang saya nak ceritakan di sini bukannya perihal kehidupan...bosan korang nanti..haha..tapi yang isu yang nak dibangkitkan di sini adalah pasal kuih bangkit!! APE !!!??? KUIH BANGKIT???  ape la jadahnya...otak da mula mereng sedikit..haha


Yeh!! saya dikejutkan dengan satu video yang dikongsi oleh "seseorang" mengenai satu laptop nih...MEMANG GEMPAK!!! TERBAEK!! DEBOOOMMMMMM!!! nak terangkan pun saya tak tahu nak mula dari mana...apa yang dimaksudkan ialah ACER ICONIA... saya tak pasti anda semua dah tahu ke belum..tapi information dari "seseorang" ini bagi tahu yang barang baik ni dah lunch kat Malaysia dengan harga around 3-4 k (RM3000-RM4000) nak tahu kesahihan nya apa kata anda sendiri yang terjah kat mana tempat berhampiran anda..tempat popular tak lain tak bukan LOW YAT la kan...sini saya sertakan gambar dan satu video dari youtube...enjoy!!! memang terbaik....membuatkan mulut saya terlopong 8 minit 31 saat ketika menonton video tersebut....yang paling penting rasanya semahal mane pon korang punyer laptop mesti tak setanding dengan kecanggihan laptop ini..I LIKE !!!!LET CHECK OUT!!!








korang layan la sampai lebam ye...insyaAllah saya akan update setiap hari blog ini..now bz skit dengan permbikinan blog baru...Cewah!! macam filem jek nak bikin2 ek..haha...dan harap maklum yang blog tersebut hanyalah atas urusan biznes...salam sayang dari saya untuk blogger semua ...MUAAACCCHH!!!!

Saturday, April 30, 2011

Cinta Sejati Ku..

Di saat ku gembira,ku bersyukur dengan ada nya Kamu yang sudi menemani dan menimbulkan rasa syukur yang tidak terhingga di dalam hati...Di saat sedih ku juga hanya Kamu yang sudi mendengar rintihan ku sedangkan teman2 lain sudah berpaling arah....Rasa sebak yang selama ini tersimpan di dalam hati semakin tenang,setenang nya aliran air yang mengalir...ku baca surat-surat yang Kamu utuskan..ku baca satu persatu ayat dan ku cuba fahami maksud yang tersurat disebalik yang tersirat..ketenangan yang tidak pernah ku dapati dimana tempat di dunia ini...Di saat ku merayu hanya Kamu yang memeluk ku dengan kesejukan malam..Menadah tangan ku kepada Kamu, mengalir air mata perlahan-lahan di pipi .. saat itu hanya Kamu yang menemani ku...hanya Kamu yang mengerti tentang apa telah ku lakukan...apa yang ku korbankan..apa yang ku rahsiakan..apa yang ku pendamkan..hanya Kamu yang terus memberi semangat untuk ku terus gagah berdiri dari kesedihan yang menyelubungi diri....hampir setiap saat nama Mu meniti di bibir...hampir setiap masa surat-surat Mu ku baca...hampir setiap waktu pada Mu ku memohon dan meminta...setiap rintihan ku Kamu dengar satu persatu...dan kusedari setiap permintaan ku satu persatu Kamu penuhi...tanpa perlu ku menunggu panjang..apa yang terselindung dari penglihatan dan pengetahuan ku Kamu perlihatkan...tanpa perlu berbuat apa-apa..ianya timbul satu persatu dengan sendirinya..rintihan ku Kamu dengar dan penuhi permintaan...setiap saat Kamu memberikan ku ketenangan..Engkau lah CINTA SEJATI KU YA ALLAH..mudah-mudahan apa yang ku rintihkan,ku korbankan,ku pendamkan menjadi rahsia antara ku dan Kamu.. kini Kamu penuhi permintaan ku..kerana Engkau cukup menyanyangi ku..TERIMA KASIH YA ALLAH..ENGKAU AKAN SENTIASA MENJADI KEKASIH ABADI KU..



Thursday, April 28, 2011

Di Malaysia ada perkampungan MAMBANG !!!

Melihatkan tajuk di atas mungkin ramai yang tertanya..betul ke ada perkampungan MAMBANG di Malaysia nih...pada yang dah tahu tu mungkin akan tergelak kecil..hehe...Bukan ape...tajuk tu nak kasi gempak je lebih...apa yang di tunjukkan di sini adalah satu kampung di Pahang yang bernama Kampung Mambang...

Tiba-tiba boleh pula teringat pasal Kampung Mambang nih..Tahu pasal Kampung Mambang ni pun sebab dulu "join" romobongan sambut menantu sepupu di rumah suaminya..Kampung Mambang ni pula kalau ikut jalan dalam baru la korang akan tahu...agak pedalaman jugak la..malam2 seram jugak..bukan ape..takut mambang keluor..hahaha...kat sini aku sertakan satu bukti...search kat Google.map jep.. hehe..




Haaaa...inilah dia Kampung Mambang...kalo search kat Google Map tu taip je "Mambang"...untuk pengetahuan korang..ade lagi kampung yang ada unsur mambang nih..contohnya kat perak..Kampung Mambang Di Awan..dan kalau x silap ada satu masjid di thailand dimana nama masjidnya ialah Masjid Mambang...jadi jgn la buat andaian yang kampung2 ni tempat mambang-mambang tinggal ye...sekadar nama jep...tapi tak tahu la macam mana die orang boleh terfikir nak letak nama Mambang nih...hehe


Sunday, April 24, 2011

Buah Hati Idaman SAYA =)

Amboi...Amboi...Amboi...gaya azwan ali tetiba lak arini nak bercakap pasal buah hati idaman la pulak kan..
Sebut je buah hati mesti korang fikir gf / bf idaman la ye...Ciri2 idaman...jenis yang macam mana..HA!! tu jugak la yang aku nak ceritakan kat sini...tapi tak de lah pasal awek2 or pakwe2 ni...yang aku nak cerita dalam entri ni adalah perkara2 atau pun harta benda idaman aku...Aku nak cerita pasal kereta,tempat  pelancongan,rumah,hingga lah ke gadjet2 idaman...MOH!! kite...pada yang nak tahu la kan... =)




Ini dia....kereta idaman ku..White Mini Cooper S...semestinya WHITE!!! kenapa aku pilih kereta ni??sebabnya aku suka kereta2 yang comel dan berkuasa camni..Aku pun x de la tinggi sangat..sesuai sangat la dengan kereta ni..lagi2 aku ni x berumah tangga,x de anak,cucu mahu pun cicit..hehe..memang sesuai la kan..kalau dh ade anak bini lain la pulak jenis kereta ni..tapi buat masa nih Mini Cooper S ni memang memikat kalbu.. =)




Ini pulak contoh rumah idaman aku...nampak selesa kan..besar pon boleh tahan..tempat dimana aku nak beristirehat,bermesra dengan isteri dan anak2..CEWAH!! jauh berangan la pulak kan..yang penting RUMAH KU SYURGA KU..





Ini salah satu gadjet pilihan aku...on da way release kat Malaysia..ke dh release?? huhu...SAMSUNG P7100 Galaxy Tab 10.1....lagi advance la dari Samsung Galaxy Tab yang ada dipasaran sekarang..kelebihan yang membuatkan aku suka adalah kerana kelajuan CPU nya ditingkatkan pada 1GHz dual core processor..primary camera dia 8 MEGAPIXEL OK!!! dan secondary camera dia 2 MEGAPIXEL...dan macam lagi kelebihan yang ada..kalau nak tahu boleh rujuk website nih 






Ini dia...sapa x tahu phone ni jenis ape memang katak bawah tempurung la...haha..ini nama dia Blacberry Storm2 9520...x tahu la nape aku leh minat storm2 ni berbanding blackberry lain...mungkin sebab touchscreen kot...lagi satu sebab nak upgrade...aku skang pakai BLUEberry jep..hehe..nak upgrade ke BLACKberry lak..nak tahu spec dia lak leh la rujuk kat website nih


Bercakap pasal tempat pelancongan pulak aku sendiri pon pening la mane tempat nak pegi..kalau boleh satu dunia ni nak pusing kalau ade rezeki..nak melihat keindahan kat tempat orang pulak la kan..bak kata orang tua2..JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN...
Antara tempat2 pelancongan yang ada dalam kepala aku skang seperti Malaysia DAH TENTU!! Japan,Paris,Korea...huish!!! banyak lah..haha


Begitu lah sedikit sebanyak perkara tentang aku yang korang boleh tahu..nak cerita semua memang semak la blog ni nanti...kita buat "by entry" la ye kengkawan...Ini saja dari saya,nak berkongsi BUAH HATI IDAMAN ANDA?? comment je ler ye... =)

Friday, April 22, 2011

PELUANG MENANG SAMSUNG GALAXY TAB !!

click sini yep


WOW!!! tengah2 kebosanan ni ada pulak tawaran gempak nih...MENANG SAMSUNG GALAXY TAB PERCUMA!!!  gila....sapa x nak memang korang gila...haha..tawaran menang samsung galaxy tab secara percuma ini diadakan oleh DEALMATES.COM...kalau korang tengok web nih memang banyak betul diskaun2 yang boleh membuatkan nafsu syahwat korang meningkat secara mendadak..haha..gurau2 je ep..
Satu lagi perkara yang best...bila korang refer sorang kawan korang akan dapat RM10 e-wallet dimana ia boleh dibelanjakan di dalam web tersebut...dapat 10 orang dah ada RM100 dalam e-wallet korang...
TERSANGAT BEST!! apa lagi tunggu...moh la kita semua join...just click kat gambar atas ni...sign in...dan rebutlah peluang memenangi SAMSUNG GALAXY TAB!!!


Anda Pelajar??kenapa perlu Kereta??


Bercakap mengenai kenderaan pasti ramai diluar sana mempunyai pendapat masing...kereta lagi banyak kebaikan lah...motosikal lagi syioook la...mcm2 pendapat..zaman skang ni pun  bukan perkara luar biasa lagi bila lihat ramai dikalangan pelajar pakai kereta dan moto...dari yg sekolah rendah sampai lah yang belajo kat universiti...dari yg x de lesen smpai lah golongan yang patuh undang2 untuk memiliki lesen terbang..Macam aku pulak ada moto tapi bercita2 nak ada kereta...tp x de lah smpai tahap nak susakan mak bapak aku..bak kata ayah aku...."kau nk pakai kau kumpul duit sendiri!! "

Tapi apa yang nk dibahasa kan disini mengenai KEPERLUAN dan KEHENDAK ... ada yang pakai kenderaan untuk keperluan ok lah...tapi x kurang jugak yang terikut kawan2...yang nak show off je lebih..padahal mak bapak yang duk bayar bulan2..

Kat sini aku lakukan sedikit survey pada kawan2 dan ini lah jawapannya :

Golongan gedik(kehendak) yangnak kereta:

  • Ade awek....nanti awek aku bising kalo naik moto asyik la berpanas dan berhujan..
  • saja ja lah...suka2...nanti leh bagi asap kat mat2 moto.. x sedor yg dia pon prnah pki moto
  • semua kawan2 aku ada kereta..x kn aku sorang je nak pki moto..malu la beb...
  • Pakai moto asyik la kene ujan..
  • dll lg lah

Golongan sememangnya memerlukan (keperluan) kereta:


  • Aku selalu buat assignment luar...perlukan kereta utk angkut brg2 assignment yg byk
  • Aku kumpul duit sendiri...x salah kot nak pakai kereta a...lagi pun dah nak abis study..
  • Aku x tinggal hostel mahu pun rumah sewa la..mmg kene ulang alik hari2 ke rumah..
  • Mak ayah aku x bagi sbb aku POMPUAN!! (yg ni leh terima akal lagi)
  • dll lah..

Berikut adalah sedikit perbandingan dan jawapan2 yang aku dapat dari survey ke atas kawan2 aku sendiri..

Ntah la..bagi aku masing2 punya pendapat masing2..yang pakai moto macam aku ni memang berhajat la nak pakai kereta..tapi x mampu milik sendiri lagi..so tinggalkan je lah harapan tuh...bagi yang dah ada kenderaan tapi menggedik nak menyusahkan mak ayah korang fikir2lah...mak ayah bukan main payah spend duit utk pelajaran korang...senang2 je nak mintak itu ini..Bagi yang mak ayah dah bagi kereta plak,gunakanlah sebaik mungkin...janganlah pulak salah gunakan kemudahan yang mak ayah korang sediakan tuh..x kurang jgk yang kumpul duit sndiri..x yah la nak show off or buat bnde2 x elok..


So pendapat anda pula bagaimana?? perlukah kereta ini..adakah untuk KEPERLUAN atau KEHENDAK semata...

Wednesday, April 20, 2011

Atasi Tekanan Perasaan Cara Islam


Melihat brother kat atas ni duk mengurut2 kepala apa yang anda fikirkan???itu tanda beliau senang hati kah??
Sama sekali tidak,sekali tengok pon dah tahu yang beliau sedangkan mengalami tekanan atau dalam bahasa omputih nya iaitu "stress".Sebagai seorang manusia biasa yang menghuni di dunia pinjaman Allah s.w.t ini kita pasti tidak dapat lari dari masalah..Masalah di tempat kerja,di rumah,di tempat belajar,masalah hutang,masalah cinta dan macam2 lagi lah masalah...Tapi ada jugak jenis yang satu ni..jenis yang suka "cari masalah"...yang tu tak dapat la den nak nolong eh!! 



Anda semua pastikah anda telah mengatasi tekanan anda dengan betul??Adakah anda pasti tekanan tersebut tidak menguasai minda dan diri anda??Sudah banyak kita lihat dan dengar di dada2 akhbar,tv,radio mengenai berita cubaan bunuh diri mahu pun yang kejadian bunuh diri..Kejadian tekanan perasaan yang menyebabkan seseorang menjadi gila juga tidak kurang kelihatan dan kedengaran..Jadi di sini saya ingin kongsikan bersama cara2 bagaimana anda boleh mengatasi tekanan tersebut mengikut cara Islam..

Tip Mengurangkan Tekanan
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan:-
  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
  • Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 
  • Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
  • Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
  • Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 
  • Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Sumber: -Pusat Maklumat Rakyat-

Tuesday, April 19, 2011

HaPPy VS SaD


Sudah agak lama aku x update blog nih...berbulan2 lamanya...banyak perkara yang berlaku sepanjang masa tersebut..Aku akan cuba ringkas kan cerita kalau boleh...kalau x bleh kene cerita panjang lebar jgk la..hehehe..
First aku nk listkan perkara2 happy yang aku buat sepanjang x update blog nih...


  • Pergi Lost World of Tambun 
  • Konvoi ke Pahang ngan dak2 GT 128
  • Mengajar orang memandu walopon aku x de lesen..HAHA
  • Tengok wayang mcm2 citer...karoke..x berapa nk ingat tarikh dan masanya
  • Gembira berbaur sebak sbb orang yg aku ajar memandu lulus lesen memandu...sedangkan aku pon x de lesen lg...huhu...
  • Konvoi lagi ngan dak2 GT128 dan CT Bikerz ke Bagan Lalang..tp time ni mood sedih
  • dan ada la lain2 xtiviti...


Haa...skang bercerita pasal kisah sedih lak...yg ni x berapa gemor 
  • Berselisih faham....dengan sapa?? x yah tahu la..=P..
  • Membuat  perkara2 bodoh yang amat bangang..effectnyer biar aku je lah tahu..
  • Time2 sedih camni la aku banyak buat salah...SETAN2!! ni byk menghasut aku utk buat jahat...kalau SETAN ni manusia dah lama dah aku sepak,penumbuk sampai mampus!!

Erm...begitu aje lah kesimpulan yang dapat aku simpul mati kan...Banyak perkara pahit dan manis yang berlaku...Suka dan dukanya hati lara yang nestapa..Cewah!! Tapi kehidupan harus diteruskan,happy mahu pun sedih biarlah ia menjadi kenangan dan pengajaran aku..

Disini juga aku ingin mengambil kesempatan...ingin memohon maaf dari hujung rambut smpai hujung kaki kepada insan2 yang ada aku lakukan khilaf....Tidak pernah terdetik di hati untuk aku lakukan sedemikian rupa..kalau korang betul2 kenal aku..aku sebenarnya bukan insan yg bermasalah seperti itu..Tetapi bila mengenangkan keadaan yang terlalu mendesak time tuh dicampur aduk lagi dengan hasutan SETAN X GUNA!!! aku jadi lalai dan terus membuat dosa..aku sendiri pon x faham kenapa aku boleh jadi mcm tuh sekali...sampai kadang2 aku sendiri x kenal aku sapa...setiap kejadian pasti ada hikmahnya...apa pun aku hamba Allah ini dengan serendah2 dirinya memohon ampun...aku perlukan sokongan dari kalian semua untuk berubah menjadi lebih baik dan baik...InsyaAllah... =)

Maaf ye semua sbb x de gambir gambor utk entry nih sbb kebanyakkan gambar tersebut tiada dalam simpanan aku...



Monday, April 18, 2011

SiaRan TergenDala



Hiaaaarrrrrhhhhhhh!!!!! (menggeliat)...huish!! lamanya aku tido...dah dekat 4 bulan apa pun tak update kat blog aku nih...maaf la kenkawan semuanyer..Mood untuk kembali berblogging telah kembali berkobar2..hehe..almaklum lah....ini je lah tempat aku nak luahkan perasaan mahu pun mengadakan entry-entry terbaik untuk anda semua..Harap bersabar la menunggu ye...Aku tengah merancang dan menyusun new post...banyak perkara yang dah berlaku selama aku tido berbulan lamanya nih...

JUMPA NANTI YA !! =)

Sunday, January 2, 2011

Bergumbira meriangkan hati

1 Januari 2011,aktiviti hari pertama pada tahun baru yang aku lakukan ialah berjalan2 utk gembirakan hati aku ni..ditemani oleh dua orang gadis yg juga rakan rapat aku sudah cukup membuat aku bergelak ketawa dengan celoteh mereka..thx ya too Nor 'Aqilah dan Mimi Ezzati (adik beradik yang mmg fun)kerana sudi meluangkan masa dan menemani saya berjalan2..seronok and have fun la kluar dgn korang...mcm2 citer kluar..hehehe...aktiviti yang aku lakukan bersama mereka seperti menonton wayang cerita Gulliver's Travel yang dilakonkan oleh Jack Black yang kita sedia maklum mmg berperangai agk giler..jalan cerita yang agk menarik dan kami melantak smpai kenyang makan burger Carl Junior set teriyaki large..aiyo...sangat kenyang smpai kami hampir terbaring dkt situ..hahaha..satu sejarah kehidupan yang x mgkin aku lupekan..walaupon sekadar perkara biasa tp itulah yang akan jadi kenangan manis nti..dan yang lagi bestnyer itulah kali pertama aku berjaya membuat kerja gila yang x pernah aku buat sebelum2 nih...hahaha...hanya orang tertentu je tahu..apa2 pon aku gembira dan berjaya melepaskan tekanan aku..kepada 
Nor 'Aqilah dan Mimi Ezzati...syah sayang korang!!next time outing lagi ye..insyaAllah...




inilah movie yang kami tonton..Gulliver's Travel...




ini pula LARGE TERIYAKI BURGER dari Carl Junior..
kenyang beb!!

ClicK sini yeP =)

Click sini yep =)