Di saat ku gembira,ku bersyukur dengan ada nya Kamu yang sudi menemani dan menimbulkan rasa syukur yang tidak terhingga di dalam hati...Di saat sedih ku juga hanya Kamu yang sudi mendengar rintihan ku sedangkan teman2 lain sudah berpaling arah....Rasa sebak yang selama ini tersimpan di dalam hati semakin tenang,setenang nya aliran air yang mengalir...ku baca surat-surat yang Kamu utuskan..ku baca satu persatu ayat dan ku cuba fahami maksud yang tersurat disebalik yang tersirat..ketenangan yang tidak pernah ku dapati dimana tempat di dunia ini...Di saat ku merayu hanya Kamu yang memeluk ku dengan kesejukan malam..Menadah tangan ku kepada Kamu, mengalir air mata perlahan-lahan di pipi .. saat itu hanya Kamu yang menemani ku...hanya Kamu yang mengerti tentang apa telah ku lakukan...apa yang ku korbankan..apa yang ku rahsiakan..apa yang ku pendamkan..hanya Kamu yang terus memberi semangat untuk ku terus gagah berdiri dari kesedihan yang menyelubungi diri....hampir setiap saat nama Mu meniti di bibir...hampir setiap masa surat-surat Mu ku baca...hampir setiap waktu pada Mu ku memohon dan meminta...setiap rintihan ku Kamu dengar satu persatu...dan kusedari setiap permintaan ku satu persatu Kamu penuhi...tanpa perlu ku menunggu panjang..apa yang terselindung dari penglihatan dan pengetahuan ku Kamu perlihatkan...tanpa perlu berbuat apa-apa..ianya timbul satu persatu dengan sendirinya..rintihan ku Kamu dengar dan penuhi permintaan...setiap saat Kamu memberikan ku ketenangan..Engkau lah CINTA SEJATI KU YA ALLAH..mudah-mudahan apa yang ku rintihkan,ku korbankan,ku pendamkan menjadi rahsia antara ku dan Kamu.. kini Kamu penuhi permintaan ku..kerana Engkau cukup menyanyangi ku..TERIMA KASIH YA ALLAH..ENGKAU AKAN SENTIASA MENJADI KEKASIH ABADI KU..
ClicK sini yep =)
Saturday, April 30, 2011
Thursday, April 28, 2011
Di Malaysia ada perkampungan MAMBANG !!!
Melihatkan tajuk di atas mungkin ramai yang tertanya..betul ke ada perkampungan MAMBANG di Malaysia nih...pada yang dah tahu tu mungkin akan tergelak kecil..hehe...Bukan ape...tajuk tu nak kasi gempak je lebih...apa yang di tunjukkan di sini adalah satu kampung di Pahang yang bernama Kampung Mambang...
Tiba-tiba boleh pula teringat pasal Kampung Mambang nih..Tahu pasal Kampung Mambang ni pun sebab dulu "join" romobongan sambut menantu sepupu di rumah suaminya..Kampung Mambang ni pula kalau ikut jalan dalam baru la korang akan tahu...agak pedalaman jugak la..malam2 seram jugak..bukan ape..takut mambang keluor..hahaha...kat sini aku sertakan satu bukti...search kat Google.map jep.. hehe..
Haaaa...inilah dia Kampung Mambang...kalo search kat Google Map tu taip je "Mambang"...untuk pengetahuan korang..ade lagi kampung yang ada unsur mambang nih..contohnya kat perak..Kampung Mambang Di Awan..dan kalau x silap ada satu masjid di thailand dimana nama masjidnya ialah Masjid Mambang...jadi jgn la buat andaian yang kampung2 ni tempat mambang-mambang tinggal ye...sekadar nama jep...tapi tak tahu la macam mana die orang boleh terfikir nak letak nama Mambang nih...hehe
Sunday, April 24, 2011
Buah Hati Idaman SAYA =)
Amboi...Amboi...Amboi...gaya azwan ali tetiba lak arini nak bercakap pasal buah hati idaman la pulak kan..
Sebut je buah hati mesti korang fikir gf / bf idaman la ye...Ciri2 idaman...jenis yang macam mana..HA!! tu jugak la yang aku nak ceritakan kat sini...tapi tak de lah pasal awek2 or pakwe2 ni...yang aku nak cerita dalam entri ni adalah perkara2 atau pun harta benda idaman aku...Aku nak cerita pasal kereta,tempat pelancongan,rumah,hingga lah ke gadjet2 idaman...MOH!! kite...pada yang nak tahu la kan... =)
Sebut je buah hati mesti korang fikir gf / bf idaman la ye...Ciri2 idaman...jenis yang macam mana..HA!! tu jugak la yang aku nak ceritakan kat sini...tapi tak de lah pasal awek2 or pakwe2 ni...yang aku nak cerita dalam entri ni adalah perkara2 atau pun harta benda idaman aku...Aku nak cerita pasal kereta,tempat pelancongan,rumah,hingga lah ke gadjet2 idaman...MOH!! kite...pada yang nak tahu la kan... =)
Ini dia....kereta idaman ku..White Mini Cooper S...semestinya WHITE!!! kenapa aku pilih kereta ni??sebabnya aku suka kereta2 yang comel dan berkuasa camni..Aku pun x de la tinggi sangat..sesuai sangat la dengan kereta ni..lagi2 aku ni x berumah tangga,x de anak,cucu mahu pun cicit..hehe..memang sesuai la kan..kalau dh ade anak bini lain la pulak jenis kereta ni..tapi buat masa nih Mini Cooper S ni memang memikat kalbu.. =)
Ini pulak contoh rumah idaman aku...nampak selesa kan..besar pon boleh tahan..tempat dimana aku nak beristirehat,bermesra dengan isteri dan anak2..CEWAH!! jauh berangan la pulak kan..yang penting RUMAH KU SYURGA KU..
Ini salah satu gadjet pilihan aku...on da way release kat Malaysia..ke dh release?? huhu...SAMSUNG P7100 Galaxy Tab 10.1....lagi advance la dari Samsung Galaxy Tab yang ada dipasaran sekarang..kelebihan yang membuatkan aku suka adalah kerana kelajuan CPU nya ditingkatkan pada 1GHz dual core processor..primary camera dia 8 MEGAPIXEL OK!!! dan secondary camera dia 2 MEGAPIXEL...dan macam lagi kelebihan yang ada..kalau nak tahu boleh rujuk website nih
Ini dia...sapa x tahu phone ni jenis ape memang katak bawah tempurung la...haha..ini nama dia Blacberry Storm2 9520...x tahu la nape aku leh minat storm2 ni berbanding blackberry lain...mungkin sebab touchscreen kot...lagi satu sebab nak upgrade...aku skang pakai BLUEberry jep..hehe..nak upgrade ke BLACKberry lak..nak tahu spec dia lak leh la rujuk kat website nih
Bercakap pasal tempat pelancongan pulak aku sendiri pon pening la mane tempat nak pegi..kalau boleh satu dunia ni nak pusing kalau ade rezeki..nak melihat keindahan kat tempat orang pulak la kan..bak kata orang tua2..JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN...
Antara tempat2 pelancongan yang ada dalam kepala aku skang seperti Malaysia DAH TENTU!! Japan,Paris,Korea...huish!!! banyak lah..haha
Begitu lah sedikit sebanyak perkara tentang aku yang korang boleh tahu..nak cerita semua memang semak la blog ni nanti...kita buat "by entry" la ye kengkawan...Ini saja dari saya,nak berkongsi BUAH HATI IDAMAN ANDA?? comment je ler ye... =)
Friday, April 22, 2011
PELUANG MENANG SAMSUNG GALAXY TAB !!
click sini yep |
WOW!!! tengah2 kebosanan ni ada pulak tawaran gempak nih...MENANG SAMSUNG GALAXY TAB PERCUMA!!! gila....sapa x nak memang korang gila...haha..tawaran menang samsung galaxy tab secara percuma ini diadakan oleh DEALMATES.COM...kalau korang tengok web nih memang banyak betul diskaun2 yang boleh membuatkan nafsu syahwat korang meningkat secara mendadak..haha..gurau2 je ep..
Satu lagi perkara yang best...bila korang refer sorang kawan korang akan dapat RM10 e-wallet dimana ia boleh dibelanjakan di dalam web tersebut...dapat 10 orang dah ada RM100 dalam e-wallet korang...
TERSANGAT BEST!! apa lagi tunggu...moh la kita semua join...just click kat gambar atas ni...sign in...dan rebutlah peluang memenangi SAMSUNG GALAXY TAB!!!
Anda Pelajar??kenapa perlu Kereta??
Bercakap mengenai kenderaan pasti ramai diluar sana mempunyai pendapat masing...kereta lagi banyak kebaikan lah...motosikal lagi syioook la...mcm2 pendapat..zaman skang ni pun bukan perkara luar biasa lagi bila lihat ramai dikalangan pelajar pakai kereta dan moto...dari yg sekolah rendah sampai lah yang belajo kat universiti...dari yg x de lesen smpai lah golongan yang patuh undang2 untuk memiliki lesen terbang..Macam aku pulak ada moto tapi bercita2 nak ada kereta...tp x de lah smpai tahap nak susakan mak bapak aku..bak kata ayah aku...."kau nk pakai kau kumpul duit sendiri!! "
Tapi apa yang nk dibahasa kan disini mengenai KEPERLUAN dan KEHENDAK ... ada yang pakai kenderaan untuk keperluan ok lah...tapi x kurang jugak yang terikut kawan2...yang nak show off je lebih..padahal mak bapak yang duk bayar bulan2..
Kat sini aku lakukan sedikit survey pada kawan2 dan ini lah jawapannya :
Golongan gedik(kehendak) yangnak kereta:
- Ade awek....nanti awek aku bising kalo naik moto asyik la berpanas dan berhujan..
- saja ja lah...suka2...nanti leh bagi asap kat mat2 moto..
x sedor yg dia pon prnah pki moto - semua kawan2 aku ada kereta..x kn aku sorang je nak pki moto..malu la beb...
- Pakai moto asyik la kene ujan..
- dll lg lah
Golongan sememangnya memerlukan (keperluan) kereta:
- Aku selalu buat assignment luar...perlukan kereta utk angkut brg2 assignment yg byk
- Aku kumpul duit sendiri...x salah kot nak pakai kereta a...lagi pun dah nak abis study..
- Aku x tinggal hostel mahu pun rumah sewa la..mmg kene ulang alik hari2 ke rumah..
- Mak ayah aku x bagi sbb aku POMPUAN!! (yg ni leh terima akal lagi)
- dll lah..
Berikut adalah sedikit perbandingan dan jawapan2 yang aku dapat dari survey ke atas kawan2 aku sendiri..
Ntah la..bagi aku masing2 punya pendapat masing2..yang pakai moto macam aku ni memang berhajat la nak pakai kereta..tapi x mampu milik sendiri lagi..so tinggalkan je lah harapan tuh...bagi yang dah ada kenderaan tapi menggedik nak menyusahkan mak ayah korang fikir2lah...mak ayah bukan main payah spend duit utk pelajaran korang...senang2 je nak mintak itu ini..Bagi yang mak ayah dah bagi kereta plak,gunakanlah sebaik mungkin...janganlah pulak salah gunakan kemudahan yang mak ayah korang sediakan tuh..x kurang jgk yang kumpul duit sndiri..x yah la nak show off or buat bnde2 x elok..
So pendapat anda pula bagaimana?? perlukah kereta ini..adakah untuk KEPERLUAN atau KEHENDAK semata...
Wednesday, April 20, 2011
Atasi Tekanan Perasaan Cara Islam
Melihat brother kat atas ni duk mengurut2 kepala apa yang anda fikirkan???itu tanda beliau senang hati kah??
Sama sekali tidak,sekali tengok pon dah tahu yang beliau sedangkan mengalami tekanan atau dalam bahasa omputih nya iaitu "stress".Sebagai seorang manusia biasa yang menghuni di dunia pinjaman Allah s.w.t ini kita pasti tidak dapat lari dari masalah..Masalah di tempat kerja,di rumah,di tempat belajar,masalah hutang,masalah cinta dan macam2 lagi lah masalah...Tapi ada jugak jenis yang satu ni..jenis yang suka "cari masalah"...yang tu tak dapat la den nak nolong eh!!
Anda semua pastikah anda telah mengatasi tekanan anda dengan betul??Adakah anda pasti tekanan tersebut tidak menguasai minda dan diri anda??Sudah banyak kita lihat dan dengar di dada2 akhbar,tv,radio mengenai berita cubaan bunuh diri mahu pun yang kejadian bunuh diri..Kejadian tekanan perasaan yang menyebabkan seseorang menjadi gila juga tidak kurang kelihatan dan kedengaran..Jadi di sini saya ingin kongsikan bersama cara2 bagaimana anda boleh mengatasi tekanan tersebut mengikut cara Islam..
Tip Mengurangkan Tekanan | ||
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan:-
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Sumber: -Pusat Maklumat Rakyat- |
Tuesday, April 19, 2011
HaPPy VS SaD
Sudah agak lama aku x update blog nih...berbulan2 lamanya...banyak perkara yang berlaku sepanjang masa tersebut..Aku akan cuba ringkas kan cerita kalau boleh...kalau x bleh kene cerita panjang lebar jgk la..hehehe..
First aku nk listkan perkara2 happy yang aku buat sepanjang x update blog nih...
- Pergi Lost World of Tambun
- Konvoi ke Pahang ngan dak2 GT 128
- Mengajar orang memandu walopon aku x de lesen..HAHA
- Tengok wayang mcm2 citer...karoke..
x berapa nk ingat tarikh dan masanya - Gembira berbaur sebak sbb orang yg aku ajar memandu lulus lesen memandu...sedangkan aku pon x de lesen lg...huhu...
- Konvoi lagi ngan dak2 GT128 dan CT Bikerz ke Bagan Lalang..
tp time ni mood sedih - dan ada la lain2 xtiviti...
Haa...skang bercerita pasal kisah sedih lak...yg ni x berapa gemor
- Berselisih faham....dengan sapa?? x yah tahu la..=P..
- Membuat perkara2 bodoh yang amat bangang..effectnyer biar aku je lah tahu..
- Time2 sedih camni la aku banyak buat salah...SETAN2!! ni byk menghasut aku utk buat jahat...kalau SETAN ni manusia dah lama dah aku sepak,penumbuk sampai mampus!!
Erm...begitu aje lah kesimpulan yang dapat aku simpul mati kan...Banyak perkara pahit dan manis yang berlaku...Suka dan dukanya hati lara yang nestapa..Cewah!! Tapi kehidupan harus diteruskan,happy mahu pun sedih biarlah ia menjadi kenangan dan pengajaran aku..
Disini juga aku ingin mengambil kesempatan...ingin memohon maaf dari hujung rambut smpai hujung kaki kepada insan2 yang ada aku lakukan khilaf....Tidak pernah terdetik di hati untuk aku lakukan sedemikian rupa..kalau korang betul2 kenal aku..aku sebenarnya bukan insan yg bermasalah seperti itu..Tetapi bila mengenangkan keadaan yang terlalu mendesak time tuh dicampur aduk lagi dengan hasutan SETAN X GUNA!!! aku jadi lalai dan terus membuat dosa..aku sendiri pon x faham kenapa aku boleh jadi mcm tuh sekali...sampai kadang2 aku sendiri x kenal aku sapa...setiap kejadian pasti ada hikmahnya...apa pun aku hamba Allah ini dengan serendah2 dirinya memohon ampun...aku perlukan sokongan dari kalian semua untuk berubah menjadi lebih baik dan baik...InsyaAllah... =)
Maaf ye semua sbb x de gambir gambor utk entry nih sbb kebanyakkan gambar tersebut tiada dalam simpanan aku...
Monday, April 18, 2011
SiaRan TergenDala
Hiaaaarrrrrhhhhhhh!!!!! (menggeliat)...huish!! lamanya aku tido...dah dekat 4 bulan apa pun tak update kat blog aku nih...maaf la kenkawan semuanyer..Mood untuk kembali berblogging telah kembali berkobar2..hehe..almaklum lah....ini je lah tempat aku nak luahkan perasaan mahu pun mengadakan entry-entry terbaik untuk anda semua..Harap bersabar la menunggu ye...Aku tengah merancang dan menyusun new post...banyak perkara yang dah berlaku selama aku tido berbulan lamanya nih...
JUMPA NANTI YA !! =)
Subscribe to:
Posts (Atom)
ClicK sini yeP =)
Click sini yep =)