ClicK sini yep =)

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru



Setelah berhari2 tak update blog akhirnya ini entri terbaru dari diri ku..kalau sebelum ni saya duk bercerita tentang penghargaan ibu kita iaitu mengenai sambutan Hari Ibu..tapi kali ini hari ini seperti kita semua maklum 16 Mei adalah sambutan Hari Guru.Bila menyebut tentang guru memang sinonim sangat lah dengan sekolah..satu hari dulu sekolah bagaikan rumah kedua bagi kita,tempat dimana kita mendukung harapan keluarga yang ingin melihat kita berjaya hingga ke menara gading.Di sini lah kita dapat lihat peranan ikhlas dari insan yang bernama guru dan tak salah jika saya katakan guru-guru di sekolah dulu dah macam ibu bapa kita sendiri..mendidik kita dengan segala ilmu yang mereka peroleh...tak jemu lah melayan kerenah kita yang macam-macam nih..Besar sunguh peranan seorang guru dengan mendidik kita supaya kita menjadi seorang "manusia" bila kita menghadapi dunia luar..tapi malangnya tidak semua di antara kita yang mampu memanfaatkan sepenuhnya ilmu-ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru yang selama ini berpenat lelah mendidik kita..tak perlu dicoretkan disini apa yang terjadi dengan zaman remaja,kita boleh lihat sendiri keadaan sekeliling..Tak nak lah bebel pnjang, nanti jadi ceramah pulak..hahah..Sempena 16 Mei ni saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru saya di Sekolah Rendah Balok,Kuantan....Sekolah Rendah Sungai Udang,Klang...Sekolah Menengah Telok Gadong,Klang...Sekolah Menengah Teknik Klang...dan juga kepada pendidik saya di Universiti Selangor....

*~ Selamat Hari Guru ~*

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

Hari ini 8 Mei 2011 , Ahad....ada sesuatu yang istimewa pada hari ini..pasti ramai sudah ketahui.Ya!! Hari Ibu...
Selamat Hari Ibu...ucapan yang sering diucapkan saban tahun...hari yang sering disambut oleh anak-anak untuk ibu-ibu mereka..memberikan hadiah-hadiah istimewa menandakan yang mereka cukup sayangkan ibu mereka..
Tapi!! tanya pada diri...adakah kita betul-betul menyanyangi ibu kita?? Adakah kita mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh ibu kita?? Adakah kita mendengar segala teguran dan larangan ibu kita yang menyanyangi kita sepenuh hati mereka...Seorang ibu yang mahu melihat anak-anaknya berjaya..bukan sekadar dunia malah akhirat kelak..Ibu yang sentiasa sabar menahan kerenah anak-anak...Ibu yang mahu melihat anak-anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah...anak-anak yang mampu mendoakan kesejahteraan mereka...Didikan yang mereka berikan selama ini adalah untuk melihat kita berjaya semoga suatu hari mereka harap anak-anak dapat pula menjaga mereka....tapi seperti apa yang kita lihat pada zaman sekarang...byk kes-kes anak tempatkan ibu bapa mereka di rumah orang tua2...alasan sibuk..anak sanggup memukul ibu mereka semata-mata hanya kerana wang...dan yang lebih dasyat lagi ada anak yang sanggup membunuh ibu mereka hanya kerana mengikut perasaan hawa nafsu SYAITAN !!!! renung2 kan...adakah anda rasa anda adalah seorang anak yang cukup baik untuk ibu mu ??? adakah kamu wahai anak mendengar perintah ibu mu ??? adakah kamu wahai anak menghormati setiap nasihat dan leteran ibu mu...

Berdasarkan sebuah hadis,syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Amat besar dosa derhaka terhadap ibu. Bahkan dikatakan darjat ibu tiga kali ganda dibandingkan ayah dalam hal penghormatan anak kepada kedua orang tuanya.

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah: "Saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah." Rasulullah bertanya: "Apakah ibumu masih hidup?" Orang itu menjawab, ya. Rasulullah SAW bersabda. "Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada." (Riwayat At-Thabrani)


Apa yang sangat membanggakan manusia bahawa Allah SWT telah menceritakan kisah ibu dalam kitab suci al-Quran, dengan cara yang amat menyenangkan sekali. Allah SWT berfirman:


Maksudnya: "Maka Kami kembalikannya (Musa) ke pangkuan ibunya supaya menyenangkan hatinya dan tidak berduka." (Surah al-Qasasb : 13)


Alangkah besarnya rahmat Allah SWT terhadap ibu. Dengan menjadi pengasuh dan menyusukan anak raja (Musa) itu, ibu Musa sekeluarga telah dihormati oleh seluruh penduduk Mesir.Pengorbanan ibu tidak dapat diukur dan dibandingkan dengan apa jua pun. Ia melebihi daripada segala pengorbanan. Ada satu kisah dan iktibar yang dipetik dari sebuah hadis Riwayat al-Bukhari iaitu kisah Juraij bersama ibunya yang menunjukkan betapa ampuhnya doa seorang ibu yang dekat dengan Allah SWT, doanya dikabulkan segera.


Lihatlah ibu mu....renungkan pengorbanan mereka...jangan biarkan hati mereka tersentuh mahu pun murka dengan perangai kita...kerana jika seorang ibu murka dengan kerenah kita,Allah turut memurkai kita...lihatlah betapa besarnya darjat seorang ibu...janganlah kita membuat air mata ibu menitis kerana kerenah kita..kelak neraka lah hadiahnya...


Untuk mak saya,Selamat hari ibu saya ucapkan..pengorbanan mu selama ini akan cuba ku balas dengan menggembirakan hati mu..anak mu berjanji akan menjaga dirimu sebagai mana kamu menjaga ku sejak dari kecil..Ku mohon Allah berikan kesihatan,kekuatan dan kesabaran dalam diri mu ibu untuk menjaga kami anak-anak mu...maafkan salah dan silap kami terhadapamu...





ni lah mak saya yg tercinta..time ni kami dua tgh buat kuih tart..kuih kesukaan saya..smbil2 tu blaja macam mana nak buat kuih tart nih...xde la nti tau makan je kan..haha..LOVE U EMAK !!

Thursday, May 5, 2011

TerBAIK dAri LaDanG

Adeh...dah lama tak hupdate blog...dekat seminggu jgk rasenye...ye ke?? hoho...sepanjang tak update ni mcm2 perkara la jadi...yang sedih la...yang gumbira la..bergelap malam2 buta..haha...mcm2....tapi apa yang saya nak ceritakan di sini bukannya perihal kehidupan...bosan korang nanti..haha..tapi yang isu yang nak dibangkitkan di sini adalah pasal kuih bangkit!! APE !!!??? KUIH BANGKIT???  ape la jadahnya...otak da mula mereng sedikit..haha


Yeh!! saya dikejutkan dengan satu video yang dikongsi oleh "seseorang" mengenai satu laptop nih...MEMANG GEMPAK!!! TERBAEK!! DEBOOOMMMMMM!!! nak terangkan pun saya tak tahu nak mula dari mana...apa yang dimaksudkan ialah ACER ICONIA... saya tak pasti anda semua dah tahu ke belum..tapi information dari "seseorang" ini bagi tahu yang barang baik ni dah lunch kat Malaysia dengan harga around 3-4 k (RM3000-RM4000) nak tahu kesahihan nya apa kata anda sendiri yang terjah kat mana tempat berhampiran anda..tempat popular tak lain tak bukan LOW YAT la kan...sini saya sertakan gambar dan satu video dari youtube...enjoy!!! memang terbaik....membuatkan mulut saya terlopong 8 minit 31 saat ketika menonton video tersebut....yang paling penting rasanya semahal mane pon korang punyer laptop mesti tak setanding dengan kecanggihan laptop ini..I LIKE !!!!LET CHECK OUT!!!








korang layan la sampai lebam ye...insyaAllah saya akan update setiap hari blog ini..now bz skit dengan permbikinan blog baru...Cewah!! macam filem jek nak bikin2 ek..haha...dan harap maklum yang blog tersebut hanyalah atas urusan biznes...salam sayang dari saya untuk blogger semua ...MUAAACCCHH!!!!

ClicK sini yeP =)

Click sini yep =)